YANG Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin bersalaman bersama penerima Pingat Gagah Berani (PGB) pada Majlis Istiadat Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri; Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Menteri Pertahanan; Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri; Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Panglima Angkatan Tentera; Tan Sri Azizan Ariffin dan Ketua Polis Negara; Tan Sri Musa Hassan. - Foto Rosdan Wahid
Jul 31, 2010 2:12 pm
YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memberi tabik hormat ketika memeriksa perbarisan kawalan kehormat sempena sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
Jul 31, 2010 12:51 pm
MUHAMMAD Asyraf Mohd Ridzuan (kiri) dinobatkan juara Imam Muda pada pertandingan akhir malam tadi di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Tempat kedua, Hizbur Rahman Omar Zuhdi. - Foto Eizairi Shamsudin
Jul 31, 2010 9:45 am
PEMAIN Iran, Farzaneh Navab Rad (kanan) di asak oleh pemain Itali, Federica Carlet dalam kejohanan ragbi 7-sebelah 'Cortina Seven' di d'Ampezzo, Itali. Pasukan ragbi wanita kebangsaan Iran ini adalah yang pertama bermain di Eropah. Itali menang 10-0. - Foto AP
Jul 31, 2010 9:45 am
JURURAWAT, Sabirah Mohd Fariz, 23, menunjukkan jantung mekanikal yang lama, Paracoporial (kanan) manakala Siti Masarrah Marzuki, 22, menunjukkan jantung mekanikal yang baru, Heartmate II (kiri) ketika sidang media pengumuman jantung mekanikal Hearmate II di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Aizuddin Saad
Jul 31, 2010 9:11 am
AKSI latihan pertempuran Askar Melayu dan tentera Jepun di Bukit Candu yang akan dipersembahkan 50 orang anggota 31 Rejimen Artileri Diraja buat julung kalinya di Dataran Merdeka sempena Hari Pahlawan 2010. - Foto Sairien Nafis
Jul 30, 2010 6:17 pm